Thursday, 2 June 2011

Program Satu Negeri Satu Sungai

Program 'Satu Negeri Satu Sungai' merupakan satu program yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang bertujuan untuk membersih dan memulihkan sungai tercemar di seluruh negara.
*petikan akhbar bertarikh 25 Disember 2004*

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran sungai di seluruh negara, antaranya ialah pembuangan sampah-sarap terus ke sungai,penggondolan bukit,sisa kumbahan yang tidak terkawal dan pencerobohan rizab sungai dan perlombongan pasir.

Pembangunan yang pesat dan tidak terkawal juga merupakan antara faktor utama punca pencemaran sungai, terutamanya dari segi kualiti dan kuantiti air sungai itu sendiri. Bilangan sungai yang tercemar semakin bertambah dengan status kualiti air yang semakin merosot saban hari. Kejadian ini tidak terkecuali juga bagi sungai-sungai yang terdapat di negeri Kelantan.

Oleh yang demikian, JPS Kelantan pada awalnya mencadangkan supaya Sungai Lubok Mulong dipilih sebagai Projek Perintis yang akan dilaksanakan di bawah program Satu Negeri Satu Sungai.

Daripada pemerhatian yang telah dibuat ke atas sungai ini, didapati punca pencemaran adalah datang dari pembuangan sisa yang tidak dirawat dan dibuang secara meluas ke dalam sistem sungai. Punca-punca pencemaran adalah seperti pencemaran kimia dari industri kilang getah, pencemaran organik dari kumbahan domestik daripada kediaman dan gerai makanan dari kawasan Kg. Sireh.

Selain itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah memilih Sungai Pengkalan Chepa sebagai projek di bawah Program Nasional bermula tahun 2002 memandangkan sungai tersebut merupakan sungai yang paling tercemar di negeri Kelantan. Program yang dijalankan setakat ini lebih tertumpu kepada program kesedaran di kalangan masyarakat. Pencemaran berpunca dari pasar serta kumbahan dari kilang seperti kilang batik dan kilang peralatan eletronik.

No comments:

Post a Comment