Tuesday 23 March 2010

PROGRAM ’RIVER RANGERS-TRAINING OF TRAINERS’ (KOMPONEN PENGLIBATAN KOMUNITI SETEMPAT) DI BAWAH PROGRAM SATU NEGERI SATU SUNGAI-SG. PENGKALAN CHEPA


Pada tahun 2008 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan telah mempelawa sekolah, agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berjumlah 15 orang peserta bagi menghadiri program ’River Rangers-Training Of Trainers’ (Komponen Penglibatan Komuniti Setempat) di bawah Program Satu Negeri Satu Sungai-Sg. Pengkalan Chepa.

Program tersebut telah diadakan pada 18 hingga 21 Mei 2008 yang bertempat di Vistana Hotel Kuantan, Jalan Teluk Sisek, Kuantan, Pahang. Ia bertujuan bagi melatih sekolah, agensi dan NGO terbabit untuk pemantauan di sungai Sg. Pengkalan Chepa setelah tamat kursus tersebut


Latar Belakang Sg.Pengkalan Chepa

Sg. Pengkalan Chepa mengalir bermula dari Sg. Kelantan. Sebahagian daripadanya dikenali juga sebagai Sg. Keladi. Ia mengalir melalui Kg. Atas paloh di hulunya, Kg. Sg. Keladi, Tanjung Mas, Pengkalan Chepa dan seterusnya mengalir keluar ke Kuala Pak Amat. Terdapat 6 alur utama yang mengalir ke sungai ini iaitu Alor A, B, C, D, Alor Kok Pasir dan Alor Lintah.

Status semasa kualiti air bagi Sg. Pengkalan Chepa berada dalam Kelas III iaitu sederhana tercemar. Terdapat 6 buah stesen kualiti air di sepanjang sungai tersebut di bawah penguasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Antara objektifnya ialah untuk memperbaiki kualiti air kepada status bersih. Selain itu,ia juga bertujuan untuk mengembalikan keadaan sungai dan persekitarannya kepada kegunaan yang berfaedah seperti rekreasi,eko-pelancongan ternakan ikan dan bekalan air. Dan seterusnya memastikan sungai bebas dari banjir dan sampah-sarap.


Punca Pencemaran Sg Pengkalan Chepa dan Cadangan Tindakan

Punca Pencemaran Sg Pengkalan Chepa

  1. Kesan Pasang Surut
Semasa air laut surut, air Sg. Kelantan akan mengalir masuk ke Sg. Pengkalan Chepa manakala semasa keujudnya beting pasir dimuara menghalang air mengalir ke laut semasa surut. Pencemaran yang dialirkan ke Sg. Pengkalan Chepa akan terkumpul didasarnya.

2. Air Resapan Dari Tapak Pelupusan sampah

Air resapan sampahyang terhasil dari tapak pelupusan sampah di Teluk Kitang, Sabak akan melimpah semasa musim hujan dan juga boleh meresap dan mengalir ke Sg. Pengkalan Chepa oleh pengaruh pasang surut air laut, melalui Sg. Raja Gali.

Cadangan Tindakan

  • Sampah sarap
- Mengawal pembuangan sampah sarap ditebing sungai dengan penyediaan tong dan pengangkutan sampah yang lebih menyeluruh.
- Mencegah penempatan setinggan di kawasan rezab bermula dari Sg. Kelantan
  • Kempen Kesedaran
- Melaksanakan kempen kesedaran secara berterusan disekolah-sekolah dan juga masyarakat setempat agar sama-sama menjaga sungai dan persekitarannya.
- Menjalankan program gotong royong


  • Effluen Industri
- Pihak industri perlu merawat effluen perindustrian terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke longkang awam ataupun terus ke sungai
- Semua aktiviti perindustrian sepatutnya ditempatkan di dalam kawasan perindustrian yang dikhaskan bagi memudahkan kawalan

  • Air Resapan Dari Tapak Pelupusan Sampah

- Air resapan sampah perlu dibendung dari melimpah semasa musim hujan atau meresap dan masuk ke dalam sungai Pengkalan Chepa